Home » 100 AKHBAR MELAYU by Hamedi Mohd Adnan
100 AKHBAR MELAYU Hamedi Mohd Adnan

100 AKHBAR MELAYU

Hamedi Mohd Adnan

Published 2015
ISBN :
Paperback
273 pages
Enter the sum

 About the Book 

Akhbar memainkan peranan yang besar terhadap perkembangan intelektual, sosial dan politik masyarakat Melayu. Akhbar bukan sahaja merakamkan peristiwa semasa yang berlaku, malahan mencerminkan tahap pemikiran dan kualiti masyarakat Melayu zaman dahulu sehingga kini, surat khabar yang diterbitkan dalam fasa-fasa kehidupan mereka wajar ditonjolkan.Buku ini merakamkan 100 buah akhbar yang telah, sedang, dan akan memainkan peranan penting dalam kelangsungan masyarakt Melayu. Sejak munculnya Jawi Peranakkan pada tahun 1876 hinggalah muncul Sinar Harian pada thaun 2006, hampir 300 buah khabar telah diterbitkan dalam bahasa Melayu, sama ada yang menggunakan tulisan jawi atau tulisan rumi. Akhbar ini diterbitkan dari pelbagai lokasi tanah air, termasuklah di Singapura yang menjadi pusat dunia penerbitan Melayu pada tempoh sebelum merdeka dahulu. 100 buah akhbar yang dipilih dalam buku ini telah mencatatkan sejarah tersendiri yang penting dampaknya terhadap perkembangan masyarakt Melayu. Sebahagiannya hanya dapat diterbitkan seketika, tetapi memiliki makna yang khas dan signifikan terhadap zaman-zaman tertentu dalam sejarah persuratkhabaran Melayu.